Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
'Zaman rejim kawalan keterlaluan sudah berakhir' - Najib Razak
News_archive

'Zaman rejim kawalan keterlaluan sudah berakhir'

By Thursday April 9th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, era kerajaan yang mengenakan rejim kawalan keterlaluan dan mengamalkan sikap seolah-olah ‘kerajaan lebih mengetahui’ segala-galanya, sudah berlalu.

Perdana Menteri berkata, cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur hanya akan mampu dicapai apabila kerajaan dan rakyat bersama bersatu tenaga mencapainya.

“Hakikatnya kita masih berdepan banyak halangan. Tetapi saya sentiasa percaya bahawa tiada masalah yang wujud di negara ini tidak dapat ditangani dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat dimiliki rakyat kita,” katanya sebelum mengumumkan barisan Kabinet baru di sini, semalam. Najib juga meminta rakyat, terutama golongan muda menyahut cabarannya supaya bersama-sama memadu tenaga dengan kerajaan ke arah pembaharuan negara.

“Saya yakin untuk memacu negara ke arah kecemerlangan. Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional (BN) yang mewakili semua rakyat setiap penjuru dan pelosok… Satu Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi memastikan aset terpenting negara, iaitu modal insan terus dimanfaatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diamanahkan memimpin sebuah pasukan yang akan menumpukan kepada usaha menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada di negara ini. Barisan Kabinet diumumkan Najib semalam menyaksikan pembahagian saksama dari segi jawatan di kalangan parti komponen BN.

Selain jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang diperuntukkan kepada Umno, parti itu turut memperoleh 19 jawatan menteri dan 17 timbalan menteri berbanding 23 jawatan menteri dan 16 jawatan timbalan menteri dalam senarai Kabinet lalu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply