Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Yang tak faham, saya lukis dan kira untuk kamu. Seluruh negara sudah 48... - Najib Razak

Yang tak faham, saya lukis dan kira untuk kamu. Seluruh negara sudah 48…

By Monday June 28th, 2021 No Comments

Yang tak faham, saya lukis dan kira untuk kamu.

Seluruh negara sudah 48 hari dikenakan PKP 3.0 sejak 12 Mei.

Sudah 1 bulan 17 hari bawah PKP.

Tapi ada yang lebih terkesan.

Misalnya negeri Kelantan yang dilaksanakan PKP 3.0 sejak 16 April.

Bersamaan dengan 74 hari atau 2 bulan 13 hari tanpa bantuan yang menyeluruh.

Bayangkan ada yang telah dilarang mencari rezeki selama 2 1/2 bulan.

Disuruh duduk diam-diam dalam rumah dan tidak dibenarkan solat di Masjid dan Surau selama 2 1/2 bulan.

Apa keadaan mereka sekarang?

Bagaimana dengan mereka yang dah lama Kais pagi makan pagi sebelum PKP 3.0 bermula pun?

Apa perasaan mereka apabila diumum bahawa Total Lockdown dilanjut sekali lagi tanpa had tempoh semalam sebab PKP bersambung PKP separuh masak terus gagal untuk membendung Covid?

Apa pandangan mereka yang telah diseksa 2 1/2 bulan apabila mereka dihidangkan berita bahawa puluhan kluster baharu melibatkan kilang-kilang dan tempat kerja dikesan setiap hari?

Pemerintah peduli tak dengan pengorbanan sia-sia mereka yang sudah 2 1/2 bulan bawah PKP tetapi disuruh terus berkorban sebab kerajaan masih gagal mengawal Covid?

Jika pendekatan sekarang terus terbukti gagal, apa yang kerajaan PN patut buat?

Teruskan pendekatan yang gagal atau cari cara penyelesaian baharu?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157979427725952/

Leave a Reply