Yang dijanji, 150,000 unit peranti untuk golongan B40 pada bulan Februari…

By Sunday June 6th, 2021 No Comments

Yang dijanji, 150,000 unit peranti untuk golongan B40 pada bulan Februari 2021.

Yang dapat, 13,000 peranti setakat Jun 2021. Bakinya pada September 2021.

Lalu, disuruh semua Rakyat Malaysia termasuk golongan B40 dan M40 untuk menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa peranti sebab kerajaan PN tak berjaya kawal gelombang ketiga yang sudah 9 bulan lamanya.

Jangan tuduh senang atau sedap untuk Najib kritik je. Suruh Najib buat, ke laut pula.

Sebab kerajaan BN dulu berjaya beri lebih dari 1.4 juta unit Netbook 1Malaysia secara free kepada Rakyat.

Soalan yang masih tidak dijawab kerajaan PN: Adakah Malaysia hanya ada 150,000 keluarga B40 dan M40 dengan ramai anak-anak yang tak mampu beli peranti?

Candangan serta cara penyelesaian pun saya dah beri pada bulan Januari lalu sebab saya ramal PKP separuh masak akan berpanjangan dan akibatnya ramai murid dari golongan B40 akan ketinggalan sepanjang tahun.

“27 Jan 2021: Guna dana kendalian SKMM beri 2 juta laptop kepada pelajar, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/27/guna-dana-kendalian-skmm-beri-2-juta-laptop-kepada-pelajar-kata-najib/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157934752365952/

Leave a Reply