Xavier Justo ini warga Switzerland. Dia pernah diambil oleh kawannya untuk…

By Sunday January 3rd, 2021 No Comments

Xavier Justo ini warga Switzerland.

Dia pernah diambil oleh kawannya untuk bekerja sebagai seorang pengarah di syarikat PetroSaudi yang pernah ada usaha sama dengan 1MDB dari tahun 2009 hingga 2011.

Syarikat PetroSaudi dimilik oleh putera Turki bin Abdullah Al Saud iaitu putera ke-7 kepada Almarhum Raja Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud.

Namun, Justo telah dipecat oleh kawannya dari syarikat PetroSaudi atas sebab-sebab peribadi.

Justo tak puas hati kerana dipecat. Semasa dia dipecat, dia curi seluruh database email syarikat PetroSaudi.

Lalu seorang warga United Kingdom bernama Kamal Sidiqqi berhubung dengan Xavier Justo supaya Justo boleh jual data PetroSaudi yang dicurinya kepada Clare Brown dari Sarawak Report.

Kamal Sidiqqi adalah kawan rapat Mahathir dari dulu lagi. Malah lif rumah Tun Mahathir dipasang Kamal.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/09/09/who-is-kamal-siddiqi/966599

Pada tahun 2010, Tun Mahathir pernah suruh saya beri geran RM270 juta kepada Proton yang kemudiannya dibayar kepada syarikat Kamal Sidiqqi kononnya untuk usaha menghasilkan kereta elektrik.

Tapi malangnya usaha itu gagal dan wang RM270 juta hangus sahaja. (sebab itu, saya tak hirau arahan Mahathir untuk beri geran percuma RM3 bilion lagi kepada Proton pada awal tahun 2014 sehingga dia umum tak lagi sokong saya sebagai PM pada Ogos 2014).

Bulan September 2020 lalu, kereta Proton Perdana Mahathir VK5231 yang ditemui berhabuk dalam bangunan terbengkalai di United Kingdom menjadi berita.

Bangunan terbengkalai itu milik syarikat Kamal Sidiqqi yang sudah lingkup.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/09/02/macam-mana-kereta-tun-m-boleh-ada-di-uk-proton-perdana-vk-5231-ditemui-berhabuk-dalam-bangunan-terbengkalai—terlalu-panjang-akal-tun

Pada masa itu, pemilik The Edge Tong Kooi Ong bersetuju membayar Xavier sebanyak RM8 juta untuk database email sebanyak 230,000 email dijual kepada Clare Brown dan pihak.

(Tong Kooi Ong pula dilantik sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi kerajaan PN pada bulan Mac lalu walaupun tiada seorang dari parti BN atau PAS dilantik)

Selepas bertemu dengan PM ke-4 pada Januari 2015, Clare Brown pula mula menggunakan beberapa dari 230,000 email untuk membuat pelbagai tuduan berat sebelah terhadap saya dan 1MDB kononnya saya bersubahat dengan PetroSaudi dan Jho Low untuk mencuri wang 1MDB yang telah dibayar kepada PetroSaudi.

Pada masa itu, propaganda PH cuba memberi gambaran bahawa email-email yang dicuri Justo bersama kenyataan saksi Justo adalah bukti paling kukuh untuk menyumbat saya ke dalam mahkamah.

Justo juga dibayar RM8 juta oleh pemilik The Edge masa itu.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/justo-dibayar-rm8-juta-oleh-pemilik-edge-197517

Selepas PH menang PRU14, Justo terus berpindah ke Malaysia dan telah dijulang sebagai hero dan diberi beberapa kehormatan oleh kerajaan PH.

Bagaimanapun apabila kes sampai ke mahkamah, tidak satu keping pun dari 230,000 email bersama 17,000 dokumen yang dicuri Justo digunakan oleh pihak pendakwa raya sebagai bukti mahkamah terhadap saya.

Justo juga tidak dipanggil sebagai saksi pendakwa raya.

Kenapa?

Kerana dalam email-email tersebut tiada sebarang bukti yang menunjukkan saya bersalah atau bersekongkol untuk menipu/mencuri duit 1MDB.

Sebaliknya, email-email dicuri Justo boleh membuktikan saya tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku.

The Edge pernah memuat naik email yang menunjukkan bahawa pengurusan PetroSaudi bersama Jho Low berpakat untuk menyorok maklumat dari saya.

“As an email between Mahony and Obaid reveals, they were exchanging ideas on how to explain the situation to Najib. It was decided that they would hide from him the fact that 1MDB would have to take a US$500 million loss. Instead, they would impress upon Najib how important it was for 1MDB to quickly invest another US$500 million with them.”

Cover Story: How PetroSaudi executives plotted what to tell Najib
https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-how-petrosaudi-executives-plotted-what-tell-najib

Sebab itu, peguam pembelaan saya memohon kepada mahkamah untuk memeriksa semua emel-emel yang dicuri Justo dan diserahkan kepada pihak berkuasa sejak beberapa tahun yang lalu.

Tetapi pihak pendakwa raya membantah permohonan kita atas sebab email-email Justo itu dengan alasan-alasan email-email itu adalah rahsia SPRM, tidak boleh disahkan kesahihan dan tidak patut digunakan sebagai bukti mahkamah.

Akhirnya selepas beberapa hari berbicara, hakim bersetuju untuk mengarahkan SPRM memberi salinan email-email tersebut yang disimpan dalam bentuk thumb drive kepada pihak pembelaan pada akhir Disember tahun lepas.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638326/mahkamah-benar-najib-dapatkan-dokumen-justo

Selepas dua bulan menunggu, akhirnya kita menerima thumb drive itu pada akhir bulan Januari dan pihak pembelaan saya sudahpun meneliti banyak dokumen-dokumen yang boleh digunakan apabila kes 1MDB saya bersambung selepas PKP.

Email-email dicuri Justo bakal digunakan sebagai bukti mahkamah yang menunjukkan saya tidak bersalah.

Sebenarnya, Justo pernah ditanya secara spesifik pada tahun 2018 apakah bukti kukuh dalam email yang dia curi itu yang menunjukkan Najib bersalah.

Ini jawapannya:

“Katanya, biarpun dalam dokumen diterima menerusi e-mel itu tidak memaklumkan secara nyata peranan Najib, ia jelas menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tahu mengenai penyelewengan yang berlaku.”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/492926/nama-najib-disebut-dalam-dokumen-petrosaudi-justo

Tahun lepas pula, pihak berkuasa Switzerland telah memaklumkan mereka sedang menyiasat Justo atas dakwaan pengintipan ekonomi
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/134060

Dan akhirnya, Justo telah melarikan diri dari Malaysia sebaik sahaja rejim Gagalkrasi PH tumbamg.

Xavier Andre Justo cabut lari dari Malaysia, risau keselamatan keluarga



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157597100680952/

Leave a Reply