News_archive

Wartawan Berperanan Celikkan Rakyat Mengenai Malaysia Berinovasi, Kata Najib

By Tuesday April 19th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 19 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menyeru pihak media supaya menekankan kepada rakyat tentang kepentingan inovasi kepada mereka dan mencungkil kekayaan intelektual negara.

Semasa merujuk kepada lima projek pewujudan kekayaan yang diumumkan sebelumnya, beliau berkata saiz global bagi sektor-sektor ini dianggarkan berjumlah RM1.46 trilion.

Lima inisiatif berkenaan ialah pelan hala tuju biomass sawit bagi Malaysia, meningkatkan tenaga cahaya, papan pemuka tenaga untuk pengurusan tenaga untuk masa depan, membolehkan peniagaan kecil tidak perlu menggunakan wang tunai dan teknologi canggih untuk industri diod pemancar cahaya (LED).

“Dengan memasuki ke dalam bahagian khusus sektor ini walaupun kecil boleh memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia,” kata beliau pada pelancaran inisiatif ekosistem dan pewujudan kekayaan baru Unit Inovasi Khas (UNIK).

“(Oleh itu), Bantulah saya membolehkan rakyat melihat visi Malaysia yang inovatif yang jelas di dalam fikiran saya. Anda adalah wakil yang boleh mengubah pandangan rakyat dengan perkataan anda. Pen, papan kekunci dan tetikus lebih berkuasa daripada kata-kata.

“Gerakkan rakyat Malaysia dengan kewartwanan anda supaya bersama-sama kita menangani cabaran, berada pada landasan yang betul dan membina Malaysia ke arah yang kukuh,” katanya.

Najib, yang Menteri Kewangan berkata jika cabaran terdahulu adalah untuk menukar sikap “tidak apa”, kini ialah mentaliti “lebih kurang”.

“Kita perlu tepat dalam apa sahaja yang kita lakukan “lebih atau kurang” tidak boleh. Kerap saya katakan bahawa status quo tidak boleh diterima dan kita perlu menubah supaya kita boleh keluar dari zon selesa kita.

Beliau berkata Malaysia berjaya melakukannya dengan baik.

“Kita telah melakukan dengan baik berbanding dengan kebanyakan negara komtemporari kita dan tentunya sesuatu yang kita harus banggakan.

“Tetapi kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian kita,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply