Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Walaupun tidak lagi berkhidmat dengan saya, kita semua tetap... - Najib Razak

Walaupun tidak lagi berkhidmat dengan saya, kita semua tetap…

By Monday September 6th, 2021 No Comments

Walaupun tidak lagi berkhidmat dengan saya, kita semua tetap rapat.

Baik-baik saja kita semua.

Raya pun kita masih sambut bersama 😊 (Sebelum Covid-19)

Saya selalu cuba ambil tahu keadaan mereka yang dahulu bersama-sama saya di kerajaan.

Bekas pegawai-pegawai saya, pengawal keselamatan anggota PDRM, penjawat awam semua.

Amat menghargai segala kerja dan sumbangan mereka.

Tanpa mereka, tidak mungkin lancar tugasan pentadbiran sebagai Perdana Menteri.

Bukan mudah kerja mentadbir negara dan memerlukan pasukan yang terbaik dengan penjawat awam yang memahami halatuju bersama.

Dapat tahu bekas pegawai saya Sapian Mamat di hospital untuk rawatan.

Sempat meluangkan sedikit masa berbual dan bertanya khabar tadi.

Semoga cepat sembuh.

Kepada penjawat awam dan rakan-rakan lain yang bersama saya, saya doakan untuk saudara-saudari diberikan kesihatan baik dan sentiasa dirahmati.

Ada peluang nanti, InsyaAllah kita bertemu!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158099089660952/

Leave a Reply