Walaupun terlewat untuk menjawab Allahyarham ADUN Slim yang seru ladang itu…

By Wednesday December 9th, 2020 No Comments

Walaupun terlewat untuk menjawab Allahyarham ADUN Slim yang seru ladang itu tidak dijual tahun lepas, bekas MB Perak (lebih dikenali sebagai Peja) akhirnya mengulas tentang penjualan ladang sawit 15,000 hektar pada bulan April 2020 selepas PN ambil alih kerajaan Perak.

Pada tahun 2019, Allahyarham ADUN Slim seru kerajaan Perak untuk tidak menjual ladang tersebut pada masa harga sawit rendah sebab ladang itu pernah dinilaikan sebanyak RM1.03 bilion.

Namun Peja jawab cadangan untuk menjual telah dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) pada tahun 2014 tapi akhirnya diluluskan selepas Peja menjadi MB Perak dan Pengerusi PPPNP pada tahun 2018 dan akhirnya dijual tahun 2020 ini.

Peja juga tolak nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion semasa harga sawit tinggi seperti dinyatakan Allahyarham ADUN Slim yang pernah jadi pengerusi syarikat tersebut sebab penilaian dibuat semula pada tahun 2018 dan 2020 semasa harga sawit rendah menilaikan ladang sawit itu antara RM500 juta ke RM525 juta.

Saya amat berterima kasih kepada Peja kerana sudi mengambil masa untuk menjawab saya dan Allahyarham ADUN Slim.

Saya juga harap Peja akan berbesar hati untuk juga menjawab surat yang sedang menular yang mendakwa PPPNP juga telah memberi konsesi ladang tanak milik kerajaan Perak seluas 746 ekar selama 30 tahun kepada Ketua Penerangan Armada PPBM Perak.

Saya harap Peja boleh tolak tuduhan jahat ini agar reputasi kerajaan PN Perak tidak tercemar.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157542158090952/

Leave a Reply