Walaupun terlambat 4 bulan, kerajaan PN telah naikkan semula tempoh…

By Tuesday May 18th, 2021 No Comments

Walaupun terlambat 4 bulan, kerajaan PN telah naikkan semula tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari 40 buah negara dari 7 hari ke 14 hari pada 29 April lalu.

Senarai 40 buah negara ini merangkumi negara-negara di mana varian B.1.351, varian B.1.1.7 dan varian UK B.1.1.7 telah dikesan.

Lalu, tempoh kuarantin bagi warga yang pulang dari India pula dinaikkan ke 21 hari minggu lepas.

Pelawat dari negara yang tidak dinamakan dalam senarai 40 buah negara tersebut pula masih hanya dikenakan kuarantin wajib selama 7 hari sahaja.

Namun saya baca WHO berkata bahawa vairan India sahaja telah dikesan di 44 buah negara dalam dunia – iaitu sudah melebihi nombor 40 buah negara dalam senarai Malaysia.

Selmalam KKM mengeluarkan kenyataan bahawa 66 kes varian Afrika Selatan dan 5 kes varian India sudahpun dikesan di Malaysia.

Keadaan Covid Malaysia pada ketika ini juga sudah kritikal dan kita tidak patut naikkan lagi risiko pada negara.

Jadi, saya percaya ianya lebih wajar untuk Malaysia mansuhkan senarai 40 buah negara tersebut untuk digantikan dengan perlaksanaan tempoh kuarantin 14 hari secara pukal bagi semua negara (kecuali 21 hari bagi India).

Saya amat bimbang dengan kelonggaran tempoh kuarantin 7 hari sahaja yang masih diberi kerajaan kepada negara-negara yang tidak ada dalam senarai 40 buah negara tersebut.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157896476445952/

Leave a Reply