Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Walaupun saya pernah tulis bahawa gantirugi sekurang-kurangnya RM355 juta... - Najib Razak

Walaupun saya pernah tulis bahawa gantirugi sekurang-kurangnya RM355 juta…

By Saturday January 2nd, 2021 No Comments

Walaupun saya pernah tulis bahawa gantirugi sekurang-kurangnya RM355 juta (RM310 untuk pembatalan sekarang dan RM45 juta yang telah dibayar kerajaan PH untuk kos tangguhkan projek selama 2 tahun), saya percaya pampasan yang akan dituntut oleh Singapura adalah lebih tinggi.

Pada bulan Julai 2018, Menteri pengangkutan Singapura umum dalam parlimen mereka bahawa Singapura sudah berbelanja SGD250 juta (RM750 juta) setakat itu dan akan berbelanja SGD40 juta (RM120 juta) lagi untuk tahun 2018.

“Julai 2018: Parliament: Singapore spent $250m on HSR project, expects to spend another $40m by December, says Khaw”
https://www.straitstimes.com/singapore/transport/spore-has-spent-250m-on-hsr-project-expects-to-spend-another-40m-by-december

Pada bulan yang sama pula, menteri luar Singapura kata, berdasarkan perjanjian serta undang-undang antarabangsa, mereka akan tuntut gantirugi sebanyak RM743 juta jika Malaysia batalkan projek HSR masa itu.

“July 2018: Singapore to seek RM743 million compensation if HSR project cancelled”
https://www.nst.com.my/world/2018/07/389104/singapore-seek-rm743-million-compensation-if-hsr-project-cancelled

Jadi, saya percaya ada kemungkinan bahawa Singapura mungkin tuntut gantirugi sebanyak RM1 bilion sebab Malaysia telah batalkan perjanjian tersebut.

Jikapun kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk tukar projek ke HSR KL-JB sahaja seperti yang telah dilaporkan tetapi hanya berpendapat projek ini tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang pada masa pandemik ini, kerajaan Malaysia patut minta projek ditangguh untuk tempoh 1 tahun lagi untuk elak membayar gantirugi sebesar itu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157595033380952/

Leave a Reply