Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta... - Najib Razak

Walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta…

By Monday August 30th, 2021 No Comments

Walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta anti-lompat parti dilaksanakan segera (mungkin bimbang katak akan lompat lagi kot), mengharamkan ahli parlimen dari lompat ke parti lain setelah menang dalam PRU bukan cara penyelesaiannya.

Ianya lebih parah sekiranya ada ahli parlimen yang sudah lebih gemar dengan parti lain tetapi terpaksa berada dalam parti sendiri sebab mereka tidak dibenarkan untuk melompat bawah undang-undang.

Lagi banyak masalah yang akan dicetuskan pada parti asal mereka.

Pada saya, cara yang paling baik ialah melaksanakan “recall election” ataupun pemilihan semula – seperti diamalkan oleh beberapa negara komanwel lain di mana ahli parti yang mahu tukar parti atau dipecat parti mereka akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan pilihanraya kecil akan dilaksanakan bagi kawasan parlimen tersebut.

Cara ini lebih adil pada parti asal dan bagi pengundi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10158088166005952/

Leave a Reply