Walaupun dia pernah beri jaminan dua kali pada bulan Mac dan bulan April…

By Monday May 10th, 2021 No Comments

Walaupun dia pernah beri jaminan dua kali pada bulan Mac dan bulan April lalu bahawa kerajaan tidak akan umum lagi PKP menyeluruh, PM8 keluarkan kenyataan tadi bahawa dia kenakan PKP menyeluruh ke seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun.

1. Rentas daerah dan rentas negeri dilarang

2. Semua bentuk perhimpunan sosial dilarang.

3. Semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi dilarang kecuali jogging, berbasikal dan senaman.

4. Semua institusi pendidikan ditutup. Tapi pusat asuhan kanak-kanak seperti tadika, taska dan tabika dibenar beroperasi.

5. Kereta dihadkan 3 orang sahaja termasuk pemandu.

6. Dine-in di restoran tidak dibenarkan.

7. Arahan Work from Home untuk hadkan kakitangan pengurusan kepada 30% kapasiti. Tiada had bagi kakitangan bukan pengurusan.

8. Ziarah rumah ke rumah untuk Raya tidak dibenarkan.

9. Solat sunat Aidilfitri, solat fardu lima waktu dan solat Jumaat dihadkan kepada 20 hingga 50 jemaah mengikut saiz masjid atau surau.

10. Operasi Rumah Ibadah bukan Islam juga akan diperketatkan.

TAPI semua sektor ekonomi dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

PS:
4 Mac PKP 2.0 tamat.
12 Mei PKP 3.0 bermula.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157880564875952/

Leave a Reply