Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah berbuka di bazar…

By Tuesday June 7th, 2016 No Comments

Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah berbuka di bazar Ramadan dan sebagainya. Saya harap kita ingat untuk bersederhana dan tidak membazir makanan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 31: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” Wallahu’alam.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153551692430952/

Leave a Reply