Untuk tumbangkan Mukhriz di Kedah, PN serah 23 Akuan Bersumpah (SD)…

By Friday May 15th, 2020 No Comments

Untuk tumbangkan Mukhriz di Kedah, PN serah 23 Akuan Bersumpah (SD) ADUN.

Lalu kesemua 36 ADUN disuruh menghadap Sultan Kedah hari ini.

Kenapa PH tak buat serupa untuk tumbangkan PM8?

Sebenarnya, tak payah buat undi tidak percaya di Parlimen.

Kumpul lah sekurang-kurangnya 112 SD ahli Parlimen yang baru ditandatangan minggu ini.

Muat naik ke FB kesemua 112 SD jika mahu.

Lalu serah pada YDP Agong untuk minta tukar PM.

Tapi, jangan tipu YDP Agong lagi ya.

Awal bulan Mac lalu, PH keluarkan senarai 114 Ahli Parlimen yang didakwa sokong PM7 jadi PM8.

Tapi satu-persatu Ahli Parlimen nafi sehingga PM7 hilang sokongan majoriti.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156810776630952

Kali ini, buat betul-betul.

Jangan keluarkan senarai.

Keluarkan 112 SD Ahli Parlimen terbaru yang nyatakan dengan jelas sokongan pada PM7 untuk menjadi PM9.

Apa susahnya?

Jika ADUN Kedah boleh buat, takkan PH tak boleh buat untuk Ahli Parlimen mereka?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157037303775952/

Leave a Reply