Uncle Kit Siang keluarkan kenyataan media hari ini untuk tuntut Timbalan…

By Sunday September 6th, 2020 No Comments

Uncle Kit Siang keluarkan kenyataan media hari ini untuk tuntut Timbalan Menteri Zahidi Zainul Abidin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara berhubung kenyataannya ke atas pelajar Sabah, Veveonah Mosibin,

Dia kata alasan Timbalan Menteri membuat kenyataan tak betul (yang dia telah mohon maaf) adalah “paling lemah”.

Baik lah Kit Siang.

Saya putuskan untuk sokong tuntutan kamu dengan syarat kamu juga sokong bahawa anak kamu Guan Eng juga dirujuk kerana membuat kenyataan palsu serta tuduhan amat jahat dalam parlimen bahawa BN dan saya telah rompak duit GST RM19.4 bilion.

Masa itu, usul kami telah ditolak Speaker PH.

Malah, usul kita untuk membahas laporan PAC berhubung wang GST dirompak pun turut ditolak Speaker PH.

Laporan PAC yang memakan masa dan tenaga berbulan-bulan oleh berpuluh orang yang dibuat kerana fitnah jahat anak kamu pun tak berani dan tak layak dibahas dalam parlimen?

Kerana jika bahas, sudah tentu penipuan anak kamu dan juga fakta bahawa wang refund GST sebenarnya telah disalahgunakan oleh PH untuk membiayai tempoh bebas cukai 3 bulan mereka selepas PRU14 akan terbongkar.

Fakta bahawa PH tak bayar balik refund GST untuk bulan April 2018 dan Mei 2018 juga akan timbul.

Takkan jawapan salah tentang seorang pelajar yang Timbalan Menteri sudah minta maaf dan perbetulkan (yang pelajar terbabit pun dah maafkan) perlu rujuk ke jawatankuasa tapi tuduhan jahat RM19.4 bilion dirompak tak perlu rujuk pula?

Betul tak, Kit Siang?

Posting Kit Siang: https://www.facebook.com/35787761072/posts/10157272195911073/?extid=d8hHzQlKUsJoynLb&d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157338328570952/

Leave a Reply