Uncle kena faham bahawa di Malaysia ini kita ada jalan negeri dan jalan…

By Saturday January 9th, 2021 No Comments

Uncle kena faham bahawa di Malaysia ini kita ada jalan negeri dan jalan persekutuan.

Tanggung jawab penyelenggaraan semua jalan dalam Malaysia adalah tanggung jawab negeri dengan kerajaan pusat.

Kerajaan pusat memberi peruntukan yang cukup besar kepada setiap negeri tiap-tiap tahun untuk penyelenggaraan jalan.

PDRM merekodkan 148 kematian dari 223 kemalangan yang berpunca dari keadaan jalan yang kurang baik termasuk jalan berlubang di Selangor dari tahun 2018 hingga 2020 sahaja.

Selangor adalah di bawah kerajaan PH. Kerajaan pusat juga di bawah kerajaan PH dari tahun 2018 hingga Februari tahun 2020.

Sebab itu, Kit Siang tidak patut gunakan tragedi kematian seorang penunggang motosikal di Kuala Lumpur minggu lepas sebagai modal politik (siap dengan grafik cantik) untuk tuding jari.

Sebab semua pihak termasuk orang awam yang perlu membuat aduan ada tanggung jawab untuk pastikan keadaan jalan sentiasa baik.

Posting Kit Siang: https://www.facebook.com/35787761072/posts/10157517947641073/?d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157609986190952/

Leave a Reply