UMNO sudah bantah penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World sejak tahun 2019…

By Thursday October 15th, 2020 No Comments

UMNO sudah bantah penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World sejak tahun 2019 lepas semasa pentadbiran PH.

“11 Sep 2019: Pemuda Umno Wilayah persoal GLC akan bergabung dengan syarikat bukan Bumiputera”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/pemuda-umno-wilayah-persoal-glc-akan-bergabung-dengan-syarikat-bukan-bumiputera/

Tapi pelik pula penggabungan yang melibatkan syarikat hartanah terbesar kerajaan dengan pemilikan tanah terbesar dimilik Khazanah Nasional ini disambung semula bulan lepas seperti diumumkan dua minggu lepas.

“5 Okt 2020: UEM Group cadang UEM Sunrise, EcoWorld bergabung”
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/10/738490/uem-sunrise-cadang-gabung-bersama-ecoworld

Pengumuman itu sekali lagi dibantah UMNO.
“5 Okt 2020: Pemuda Umno KL desak kerajaan henti langkah gabung UEM Sunrise, Eco World”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/10/05/pemuda-umno-kl-desak-kerajaan-henti-langkah-gabung-uem-sunrise-eco-world/

Selepas diumumkan, CEO UEM-Sunrise yang juga ahli lembaga pengarah sejak tahun 2014 meletak jawatan.

“9 Okt 2020: CEO UEM Sunrise letak jawatan”
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/10/740267/ceo-uem-sunrise-letak-jawatan

Diikuti oleh seorang lagi ahli lembaga UEM Sunrise yang turut meletak jawatan.

“10 Okt 2020: UEM Sunrise loses second board member since merger talks surfaced”
https://www.malaymail.com/news/money/2020/10/10/uem-sunrise-loses-second-board-member-since-merger-talks-surfaced/1911375

Syarikat penarafan kredit Malaysia Rating Corporation (MARC) turut memberi amaran bahawa nisbah hutang UEM Sunrise akan naik dan syarikat itu akan diturunkan penarafan kredit selepas penggabungan.

“8 Okt 2020: MARC sees higher debt-to-equity ratio from merger”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/10/08/marc-sees-higher-debt-to-equity-ratio-from-merger

Pelik juga kenapa kerajaan tegas untuk teruskan penggabungan ini pada ketika krisis Covid ini.

Harga saham UEM Sunrise pernah didagang antara harga RM1.20 hingga RM3.20 pada masa BN.

Kenapa UEM Sunrise perlu digabungkan pada ketika ini berdasarkan penilaian harga saham cuma 40 sen?

Kenapa terdesak sangat?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157424393925952/

Leave a Reply