Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Umno perlu tukar kaedah berpolitik - Najib Razak
News_archive

Umno perlu tukar kaedah berpolitik

By Thursday April 9th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno perlu menukar kaedah politik lama supaya terus bertahan dengan keadaan semasa.

Perdana Menteri berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, kerana Umno dan BN masih menggunakan kaedah politik lama.

“Kita perlu sedar bahawa persekitaran politik sekarang berbeza berbanding zaman muda kita. Pada zaman kita dulu, jika letak songkok atau pokok pisang (sebagai calon) pun (BN) boleh menang. “Tetapi kalau kita tidak mengambil kira perbezaan persekitaran politik ini dan masih lagi mengamalkan pemikiran yang tertutup, maka kita dikatakan menggunakan cara politik lama dalam persekitaran baru.

“Sepatutnya, apabila persekitaran berubah, metodologi pun berubah, kita perlu gunakan metodologi baru dalam persekitaran baru,” katanya berucap pada majlis kesyukuran sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Lebih 2,000 pemimpin Umno dari seluruh negara termasuk menteri dan timbalan menteri hadir pada majlis itu. Beliau berkata melakukan perubahan mengikut situasi semasa itu adalah agenda penting Umno sekarang dan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi Umno akan datang akan membincangkan mengenainya secara terperinci.

Sementara itu, Perdana Menteri, semalam mengingatkan barisan Kabinet yang dilantiknya supaya bekerja dengan tekun dan sentiasa mendengar rintihan serta pandangan rakyat, selaras dengan prinsip ‘Satu Malaysia’.

Katanya, peringatan itu diberikan kerana pelantikan mereka adalah satu penghormatan yang diberikan rakyat untuk berkhidmat kepada mereka dan negara.

“Pesanan saya kepada jemaah menteri baru dilantik, ingatlah bahawa rakyat mengharapkan supaya kita bekerja tanpa jemu, sentiasa mendengar rintihan mereka dan terus bekerja tanpa henti demi komitmen kita terhadap ‘Satu Malaysia’. “Kita diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, lantas kita harus menerima penghormatan itu dengan penuh rasa rendah diri dan dedikasi,” katanya berucap sebelum mengumumkan senarai Kabinet barunya di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply