UM: Universiti ke-59 terbaik dalam dunia! Antara masalah legasi yang…

By Wednesday June 10th, 2020 No Comments

UM: Universiti ke-59 terbaik dalam dunia!

Antara masalah legasi yang menjadi keutamaan untuk kita selesaikan ialah prestasi Universiti dan IPTA negara yang semakin menurun sebelum saya menjadi PM.

Misalnya, kedudukan UM jatuh sehingga tempat ke 256 antara universiti-universiti dunia mengikut laporan QS bagi tahun 2007 dan 240 untuk tahun 2008 – iaitu sebelum saya menjadi PM.

Kini, kedudukan UM terus meningkat setiap tahun sehingga mencapai tempat ke-59 antara universiti terbaik di dunia dalam laporan terbaru QS dalam ranking erbaru yang diumumkan pagi ini.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/10/um-up-to-59th-spot-in-2020-qs-world-varsity-rankings-taylors-debuts-in-top/1873969

Kenaikan mendadak prestasi UM berlaku selepas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pe­lan Pembangunan Pendidikan Ma­lay­sia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 mula dilaksanakan di bawah Program Transformasi Negara kerajaan BN dahulu.

(Selepas PRU14, kerajaan PH mengesahkan bahawa kedua-dua hasil dari pertolongan perunding luar negara ini iaitu , ialah bagus dan kedua pelan diteruskan.)

Selain dari pelan-pelan pendidikan yang teratur itu, peruntukan untuk pendidikan dalam bajet BN masa saya PM.

Walaupun saya dikecam pada tahun 2016 apabila peruntukkan dikurangkan untuk tahun itu sahaja akibat kejatuhan 80% harga minyak dunia, bajet untuk pendidikan masa saya PM adalah jauh lebih tinggi berbanding zaman sebelumnya termasuk masa PM ke-4.

Alhamdulillah. Akhirnya, pelan pendidikan dan keutamaan kita berhasil.

Prestasi IPTA-IPTA kita terus meningkat tanpa memerlukan kenaikan yuran pelajar.

Bukan UM sahaja tetapi semua IPTA-IPTA negara telah berjaya memperbaiki prestasi dan kedudukan mereka setiap tahun.

Ini adalah kebanggaan negara.

Dan ini juga adalah hasil jasa dan usaha seluruh barisan pendidik dalam Malaysia serta staf Kementerian Pendidikan yang menjayakan Pelan Transformasi ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157111268915952/

Leave a Reply