Audio

Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji, ISIS Bertentangan Dengan Ajaran Islam, Denggi & Malaysia Inovatif

By Friday September 5th, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/166333987″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat menunaikan ibadah Haji kepada jemaah Malaysia, mengutuk kekejaman yang dilakukan kumpulan militan ISIS di Syria dan Iraq, masalah denggi di Malaysia serta kejayaan Malaysia mendapat tempat ke-15 negara paling inovatif dalam dunia.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada semua umat Islam yang akan mengerjakan ibadat haji mereka pada tahun ini. Semoga semua akan memperolehi haji mabrur, insya-Allah.
Saya juga ingin mengutuk dengan keras kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan militan di negara Syria dan Iraq atau lebih dikenali sebagai ISIS. ISIS tidak menggambarkan ajaran Islam sebenar malah perjuangan mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Selain itu, kes denggi di empat buah negeri telah mula menunjukkan penurunan. Sehubungan itu saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk terus melakukan gotong-royong di kawasan perumahan kita bagi memastikan kebersihan dan mencegah wabak denggi.
Akhir sekali, saya berasa amat bangga apabila Malaysia menjadi negara ke-15 paling inovatif di dunia mengikut laporan Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum.
Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply