AudioFeatured Articles

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Transformasi Nasional 50

By Friday December 9th, 2016 No Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Baru-baru ini dalam pembentangan Bajet 2017, saya telah mengumumkan Transformasi Nasional 50 atau TN50 sebagai program yang akan membawa ke arah pembangunan negara menjelang tahun 2050.

Ramai yang tengah tertanya-tanya apa akan jadi kepada Wawasan 2020. Ingin saya terangkan bahawa hendak atau tidak, Malaysia akan tetap melalui tahun 2020.

Banyak program-program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia ke-11, Dasar Transformasi Nasional dan lain lain lagi adalah bertujuan untuk mencapai status negara maju bagi negara kita menjelang tahun 2020.

Malaysia sememangnya sedang menuju ke arah itu, khususnya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tidak ada isu dalam hal ini dan ingin saya tegaskan bahawa kita masih berjalan mengikut jadual untuk mencapai status negara maju.

Saya memperkenalkan TN50 ini kerana kita sentiasa perlu memandang ke hadapan.

Oleh kerana kita semakin menghampiri tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baru bagi meneruskan perjuangan membangunkan negara ini. Sudah tiba masanya kita melakar hala tuju negara selepas tahun 2020.

Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang.

TN50 ini akan bermula dengan engagement bersama generasi baru yang diketuai oleh Saudara Khairy Jamaluddin. Jadi saya ingin menjemput generasi muda mengambil bahagian dalam merangka masa depan negara bersama-sama dengan beliau.

Saya yakin anak muda kita mempunyai banyak buah fikiran dan tenaga untuk meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara yang makmur dan berdaya saing.

Ambillah peluang ini.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply