Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ucapan Perdana Menteri Mengenai Projek Infrastruktur Pedalaman - Najib Razak
AudioBlogFeatured Articles

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Projek Infrastruktur Pedalaman

By Friday September 29th, 2017 No Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Salah satu projek yang menjadi keperluan untuk rakyat adalah projek infrastruktur iaitu jaringan sistem pengangkutan yang teratur dan menyeluruh termasuklah kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Lebuhraya Pan Borneo yang memakan kos sebanyak RM27 bilion bakal memberi manfaat yang besar buat rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Projek yang bakal siap sepenuhnya pada tahun 2023 ini, bakal menjadi titik perubahan atau game changer untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Manakala untuk penduduk di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, kerajaan sedang membina Lebuh Raya Central Spine Road iaitu CSR dan juga ECRL, Laluan Rel Pantai Timur.

Kos bagi kedua-dua projek ini adalah RM6.6 bilion untuk Lebuhraya CSR dan RM55 bilion untuk projek ECRL.

Projek-projek ini dibina bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di negeri-negeri berkenaan termasuklah penduduk-penduduk di pedalaman.

Dengan adanya infrastruktur yang baik, lebih banyak pembangunan boleh dibina untuk rakyat. Oleh itu, pendapatan rakyat di pedalaman akan meningkat seiring dengan pembangunan di kawasan bandar.

Hasilnya, jurang kemiskinan antara kawasan pedalaman dan bandar boleh dikurangkan. Inilah matlamat kerajaan dalam merancang pembangunan untuk rakyat.

Akhir kata, dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan rakyat di pedalaman adalah tidak benar sama sekali.

Kerajaan sentiasa meletakkan rakyat, tidak kira di mana sebagai keutamaan.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply