AudioFeatured Articles

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Penjagaan Kesihatan

By Friday March 3rd, 2017 No Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu bidang yang penting kerana ia merupakan faktor yang menentukan kebajikan rakyat dan keharmonian sesebuah negara.

Tanpa penjagaan kesihatan yang baik dan berkualiti, bukan sahaja kehidupan rakyat malah pentadbiran negara akan turut terjejas. Rakyat yang sihat dapat mengekalkan produktiviti demi menjana ekonomi negara.

Sebab itu lah kerajaan menitikberatkan penjagaan kesihatan supaya setiap rakyat Malaysia dapat menikmati penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi.

Setiap tahun, kerajaan membiayai subsidi yang begitu besar bagi membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sebaik mungkin.

Bukan itu sahaja, kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai cara supaya penjagaan kesihatan ini sampai kepada seluruh pelosok negara dan kepada setiap lapisan rakyat tidak kira sama ada di bandar mahupun di pedalaman. Kerana itulah kita telah mengadakan Klinik Bergerak 1Malaysia.

Kini, usaha kerajaan membuahkan hasil apabila penjagaan kesihatan di Malaysia diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Pengiktirafan ini adalah daripada majalah International Living dan pernah disiarkan oleh laman web berita CNBC. Majalah tersebut melaporkan bahawa Malaysia memiliki ramai doktor terlatih dan terbaik di Asia dengan sebahagian besarnya menerima latihan dan pendidikan di serata dunia. Selain itu, doktor-doktor Malaysia fasih berbahasa Inggeris sekaligus memudahkan urusan pesakit dari luar negara mendapatkan rawatan.

Akhir kata, pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang harus kita banggakan dan patut dijadikan inspirasi bagi kita supaya terus maju ke hadapan.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply