AudioFeatured Articles

Ucapan Perdana Menteri Mengenai MRT Sg Buloh-Kajang & Sikap Pembangkang Yang Memperlekehkan Usaha-Usaha Kerajaan

By Friday August 18th, 2017 No Comments

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, baru-baru ini rakyat Malaysia bersama-sama menyambut berita gembira dengan pelancaran MRT Aliran Sungai Buloh-Kajang yang disambut baik penduduk sekitar Lembah Kelang.

Projek MRT ini dilhamkan dengan tujuan agar rakyat Malaysia yang tinggal di bandar berpeluang menikmati jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat, sekaligus mengembangkan lagi ekonomi negara.

Namun, nampaknya pembangkang masih lagi dengan sikap mereka yang gemar memperkecilkan apa saja yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk rakyat. Ada yang memperkecil-kecilkan jaringan MRT kononnya mereka boleh bina dengan kos lebih murah. Malah, ada sewenang-wenang memperlekeh hasil kepakaran anak tempatan kita yang bertungkus lumus, siang dan malam, menyiapkan MRT pada kos lebih rendah daripada bajet dan awal daripada jangkaan.

Yang lucunya, baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, rumah, Disneyland, harga terowong, pintu gerbang dan lebuhraya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya. Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini tujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?

Kita sedar yang rakyat sentiasa memerhati Kerajaan, tapi rakyat juga tidak terlepas pandang dengan pelbagai perkara aneh dalam pentadbiran pembangkang. Pokoknya, projek MRT Line 1 kini sudah siap dan rakyat Malaysia telah mula menikmati kemudahan ini.

Saya turut teruja untuk terus memastikan pelbagai lagi transformasi dijalankan ke atas sistem pengangkutan awam negara di masa hadapan.

Sekian sahaja dari saya, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply