Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tun Mahathir masih tak puas hati. Dia tanya dana RM114 juta itu datang... - Najib Razak

Tun Mahathir masih tak puas hati. Dia tanya dana RM114 juta itu datang…

By Sunday May 23rd, 2021 No Comments

Tun Mahathir masih tak puas hati.

Dia tanya dana RM114 juta itu datang dari mana jika bukan dari 1MDB walaupun saya entah berapa kali sudah jelaskan.

Tun fikir polis tak tanya soalan itu ke semasa menyiasat?

Wang itu dipindah dari peti-peti besi amat besar di Pejabat Perdana Menteri pada malam kita kalah PRU14.

Tun bukan tak tahu. Sebab Tun yang bina peti-peti besi ini untuk tujuan yang sama.

Jadi, Tun. Kenapa kamu bina peti-peti besi itu? Untuk simpan apa, ya?

Wang itu adalah sumbangan untuk PRU14 parti BN.

Dan polis pun tanya siapakah penyumbang dana-dana tersebut dan saya juga telah menjawab ianya VVIP yang amat terkenal.

Senarai nama juga saya telah beri pada pihak polis dan mereka juga telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Sebab itu, polis dan pendakwaraya tidak dapat buktikan ianya adalah sumber haram selepas 3 tahun menyiasat walaupun kerajaan PH dan kerajaan PN sudah cuba sedaya upaya untuk kaitkan dana itu dengan hasil jenayah.

Penjelasan lanjut ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157900404895952

Paling sedih ialah geng PPBM yang dulu tuduh dan buat laporan polis bahawa dana itu adalah hasil 1MDB sudah tukar cerita.

Sekarang, dorang keluarkan statement untuk suruh saya derma dana itu kepada Palestin atau peniaga kecil pula tanpa sebarang permohonan maaf walaupun pernah fitnah saya.

Pertama sekali, wang itu adalah sumbangan kepada parti. Ianya bukan wang Najib.

Ianya sumbangan dana politik dan sebab itu, ianya tidak boleh dicukai dan tidak boleh dituntut kerajaan dan LHDN.

Kedua, kerajaan rampas duit amat laju dan simpan untuk 3 tahun – jauh lebih lama berbanding tempoh 1 tahun maksima diberi kepada kerajaan untuk simpan harta sekiranya tidak mendakwa harta itu adalah hasil jenayah.

Tapi kerajaan kenakan pula saman sivil ke atas saya supaya boleh elak kembalikan duit itu pada saya.

Sekarang kerajaan sudah kalah dalam mahkamah untuk saman sivil ini tapi masih belum kembalikannya.

Siapa yang nak bayar gantirugi? Faedah ke atas dana untuk 3 tahun itu sudah berapa?

Seperti dijelaskan dalam kes mahkamah, sekurang-kurangnya RM642 juta itu adalah sumbangan dari Arab Saudi termasuk dipindah dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Untuk saya guna sesuka hati termasuk untuk kegunaan saya jika saya mahu.

Namun dibuktikan dalam mahkamah bahawa 99.9% dana yang saya terima itu telah digunakan untuk kerja CSR, sedekah dan parti politik – bukan untuk kegunaan peribadi.

Selama ini, korang tuduh saya rompak RM42 bilion untuk simpan dalam rumah, beli cincin, beli handbeg dan sebagainya.

Tapi last-last saya pula dihukum penjara 12 tahun sebab ianya bukan hak untuk saya sedekah RM42 juta pula.

“9 Sep 2020: Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Ya, “perompak” ini terima dana free dari sumber asing untuk diguna sesuka hati tapi digunakan untuk kerja kebajikan temasuk menderma kepada semua masjid dalam negara serta bantuan besar bagi banjir untuk 4 tahun berturut-turut.

Termasuk juga untuk menolong balu, menghantar umat Islam untuk menunaikan Haji, menyokong pendidikan kanak-kanak yang kurang nasib baik, berpuluh kereta van untuk kerja NGO, mengadakan majlis keagamaan dan perpaduan dan sebagainya.

Ini satu contohnya:
“Ingin kami jelaskan bahawa urusniaga terbabit adalah berdasarkan pesanan yang kami terima dari mantan Perdana Menteri dan juga dari pejabat mantan Perdana Menteri (“PMO”) tersebut untuk Jakel membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan oleh beliau dan PMO (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014). Transaksi-transaksi tersebut berlaku sebelum sebarang isu berkaitan dengan 1MDB timbul dalam pengetahuan kami.”

“12 Jun 2019: Kenyataan Jakel mengenai dakwaan terima wang 1MDB”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-jakel-mengenai-dakwaan-terima-wang-1mdb-210750

Ini satu lagi contoh:
“22 Jun 2019: 1MDB: Rayhar Travels terima bayaran untuk biayai umrah”
https://malaysiagazette.com/2019/06/22/1mdb-rayhar-travels-terima-bayaran-untuk-biayai-umrah/

Tapi apa yang saya dapat balik pula ialah kes jenayah dan kes denda cukai tambahan LHDN tidak logik.

Jadi, kenapa suruh saya derma RM114 juta itu sedangkan ianya wang parti dan bukan wang saya?

Wang yang saya terima pula, saya telah gunakan untuk kerja kebajikan.

Kenapa PPBM tak suruh bekas pengerusi mereka iaitu PM4/7 untuk guna kekayaan berbilion-bilion keluarga dia untuk derma kepada Palestin dan peniaga kerja?

Kenapa PPBM tak tuntut pengerusi baru parti mereka iaitu PM8 untuk guna kekayaan keluarga dia termasuk pemilikan majoriti anak dia dalam syarikat developer tersenarai yang nilainya RM100 juta untuk derma?

Najib dah derma dan bantu ratusan juta Ringgit kepada Rakyat walaupun ianya hak saya untuk gunakan wang itu untuk peribadi.

Berapa Ringgit yang PM4/7 dan PM8 telah derma secara peribadi untuk bantuan kepada semua masjid, banjir besar, hantar umat untuk menunaikan Haji, bantu balu, bantu murid yang kurang nasib baik dan sebagainya?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157906648670952/

Leave a Reply