News_archive

Tun Dr Mahathir Pulang Khamis Setelah Jalani Pembedahan Kecil

By Wednesday April 18th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjalani pembedahan kecil untuk membuang polips nasum (nasal polyps), dijangka dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pembantu beliau Rabu, bekas perdana menteri itu memberi tindak balas baik terhadap rawatan dan doktor gembira dengan kemajuan kesihatan beliau.

“Beliau makan makanan biasa dan dijadual pulang Khamis,” menurut kenyataan itu.

Pembedahan selama sejam, yang bermula pada pukul 9.30 pagi, dilakukan sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed.

Sementara itu, dalam mesej melalui Twitter, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis: “Doa dan salam saya mengiringi Tun Dr Mahathir yang sedang sembuh daripada pembedahan kecil polips nasum.”

Sumber : Bernama

Leave a Reply