
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai penumpuan kepada kerja-kerja membangunkan negara.
Transkrip
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Sebagai Perdana Menteri, cara kepimpinan saya lebih menumpukan kepada kerja-kerja membangunkan negara. Saya tidak gemar melayan tuduhan-tuduhan yang tidak berapa betul hujung pangkalnya.
Ini kerana di era media sosial, isu senang tersebar tanpa batasan. Melayan isu-isu ini pada setiap masa hanya akan mengalihkan tumpuan saya daripada usaha memajukan negara.
Bagi meningkatkan produktiviti, kita perlu fokus pada pekerjaan.
Alhamdulillah, MRT Fasa 1 sudah hampir siap 60%, kunci PR1MA sudah mula diserahkan, Jambatan Pulau Pinang Kedua telah siap dibina dan sektor ekonomi telah membuka 1.5 juta peluang pekerjaan baru sejak 5 tahun ini.
Program pembangunan modal insan seperti TEKUN, SUPERB, TERAJU, 1AZAM dan SEED telah mula menghasilkan bakat-bakat yang berkualiti dan berjaya.
Program-program transformasi seperti inilah lebih mustahak dalam meningkatkan kualiti hidup setiap rakyat Malaysia.
Saya akan terus memberi penerangan mengenai isu-isu yang berbangkit dari masa ke semasa.
Namun jangan sampai kita hilang fokus kepada tanggungjawab yang diamanahkan kerana terlalu asyik dengan isu-isu yang dibangkitkan yang tiada penghujungnya.
Sekian sahaja dari saya,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.