Towkay MRCB kroni PM4/7 ini busuk hati. Dia telah banyak memfitnah saya masa…

By Wednesday December 16th, 2020 No Comments

Towkay MRCB kroni PM4/7 ini busuk hati. Dia telah banyak memfitnah saya masa dahulu dan dia teruskan niat jahatnya semalam.

Dia tuduh saya sokong Muhyiddin atau sokong Anwar supaya kes mahkamah saya digugurkan.

Eh.. bagaimana nak gugurkan jika kes di mahkamah tinggi sudah selesai dan hukuman sudah diberi?

Peguam saya amat yakin di peringkat mahkamah rayuan sebab kita ada 307 alasan keputusan mahkamah tinggi adalah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang.

Jika salah satu dari 307 alasan yang amat kukuh itu sangkut, maka saya akan dibebaskan.

“2 Disember 2020: Najib kemuka 307 alasan rayuan sabitan, hukuman kes SRC”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760917/najib-kemuka-307-alasan-rayuan-sabitan-hukuman-kes-src

Dengar betul-betul: Saya tak pernah minta atau runding untuk kes-kes mahkamah saya digugurkan.

Tulis surat representasi kepada Peguam Negara untuk minta tarik balik kes pun saya tak pernah.

Saya mahu proses diteruskan secara telus dan dilapor secara benar supaya saya boleh bersihkan nama saya.

Jangan rampas peluang saya untuk bersihkan nama saya sendiri dengan menggugurkan kes sebab saya bukan Guan Eng.

Di sini saya tuntut Pak Kadir untuk jawab dua soalan sahaja:

1. Adakah dana yang disebut RM2.6 bilion itu dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima dan adakah tujuan dana itu adalah untuk menakutkan pihak sebelah sana supaya mereka tidak lancarkan langkah beli MP beramai-ramai pada PRU13 sebagaimana mereka lakukan dalam peristiwa 916 selepas PRU12 tahun 2008?

Dan jika mereka berjaya beli MP beramai-ramai dan kerajaan BN tumbang pada PRU13, adakah PM4 sasaran utama pihak sebelah sana masa itu?

2. Kenapa kerajaan PH tukar hakim kes SRC saya selepas perbicaraan SRC bermula dan menggantikannya dengan hakim baru yang hanya ada 1 tahun pengalaman di mahkamah komersial?

Akibatnya, kes SRC saya adalah kes jenayah pertama mahkamah tinggi bagi hakim tersebut.

Jawab jika berani, Pak Kadir: https://www.facebook.com/akadir.jasin.5/posts/10223174422804952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157557369840952/

Leave a Reply