Towkay ini apa-apa pun tak tahu tapi masih mahu komen. Ekuiti value dengan…

By Thursday July 16th, 2020 No Comments

Towkay ini apa-apa pun tak tahu tapi masih mahu komen.

Ekuiti value dengan Enterprise value pun dia mampu konpius walaupun dia pernah disenaraikan sebagai pemilik saham terbesar dan pengarah MRCB.

Ataupun dia tahu tapi masih mahu teruskan propaganda penipuan dia seolah-olah dia amat sayang pada projek-projek IPP perjanjian berat sebelah yang diwujudkan zaman PM ke-4 itu.

Dia langsung tak berani sebut pula bahawa masalah perjanjian-perjanjian berat sebelah IPP ditinggalkan boss dia yang merugikan negara sebanyak RM160 bilion sejak tahun 1997 juga telah diselesaikan.

Posting Pak Kadir petang tadi: https://www.facebook.com/akadir.jasin.5/posts/10221958749253873

Tak apa.

Saya jelaskan sekali lagi propaganda PH sebelum PRU14 tentang IPP ini yang berjaya menipu Rakyat.

Page PH gunakan dua pengiraan harga berbeza untuk menipu Rakyat bahawa 1MDB rugi RM8 bilion dalam penjualan syarikat IPP Edra.

Mereka guna “harga enterprise” dengan “harga ekuiti” seolah-olah ianya adalah sama.

“Enterprise Value vs. Equity Value: What’s the Difference?”
https://www.investopedia.com/ask/answers/111414/what-difference-between-enterprise-value-and-equity-value.asp

Harga enterprise ialah harga termasuk hutang yang diambil alih oleh pembeli.

Manakala, harga ekuiti tidak termasuk hutang diambil alih.

1MDB beli beberapa syarikat Penjana Elektrik Bebas (IPP) dengan nilai sekitar RM11 bilion.

Tetapi apabila 1MDB beli, mereka juga mengambil alih hutang yang ditanggung oleh syarikat-syarikat itu yang jumlahnya sekitar RM7 bilion.

Oleh itu, “harga enterprise” keseluruhan pembelian 1MDB ialah RM11 bilion + RM7 bilion = RM18 bilion.

Lalu, kerajaan BN dahulu masa saya PM dengan penyertaan 1MDB dalam sektor IPP pun menyelesaikan perjanjian berat sebelah untuk memastikan kerajaan serta TNB jimat puluhan bilion.

Tiada lagi sweet-heart deal lagi – iaitu tarif serta terma perjanjian penjualan kuasa kepada TNB tidak lagi melampau.

Selepas diselesaikan, 1MDB jual balik IPP itu.

Pembelinya ialah syarikat China.

Harga ekuiti dijual ialah RM9.83 bilion tetapi syarikat China itu juga mengambil alih hutang lebih dari RM7 bilion.

Ini bermaksud harga enterprise yang 1MDB jual ialah sekitar RM17 bilion juga.

“The RM9.83 billion is cash equity without debt. The overall price, including debts assumed by the buyer, will be more than RM17 billion.”
https://www.nst.com.my/news/2015/11/113500/sale-edra-power-assets-will-slash-1mdb-debts

Perlu ingat bahawa masa 1MDB menjadi pemilik Edra, 1MDB juga menerima dividen setiap tahun dari IPP itu yang jumlahnya melebihi RM1 bilion.

Certitanya begini:

Mula-mula, kerajaan tak milik IPP.

Kroni-kroni swasta yang memiliki IPP tersebut dengan perjanjian berat sebelah.

1MDB pun pinjam untuk beli IPP itu.

Kerajaan BN dengan penyertaan 1MDB menyelesaikan perjanjian berat sebelah.

Anggaran penjimatan kepada TNB dan Petronas ialah sehingga RM20 bilion setiap tahun atau RM400 bilion untuk tempoh perjanjian 20 tahun.

Lalu, 1MDB jual balik IPP yang tidak ada lagi perjanjian berat sebelah kepada syarikat China pada harga yang hampir sama.

1MDB pinjam untuk beli. Lepas jual, 1MDB pun turunkan hutang dengan hasil penjualan.

Dengan ini, saya nak tanya.

Yang mana lebih baik?

A) Syarikat IPP yang dimilik oleh kroni-kroni swasta dengan perjanjian berat sebelah yang merugikan TNB dengan Petronas berbilion-bilion setiap tahun;

atau

? Syarikat IPP yang dimilik syarikat asing di mana perjanjiannya adalah dengan tarif yang adil dan TNB dengan Petronas tidak lagi dibebankan?

Mana yang lebih bermanfaat untuk negara dan Rakyat?

Sebab itu, PH tidak lagi menjaja cerita IPP berat sebelah sejak PRU13 tahun 2013. Korang tak perasan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157212356325952/

Leave a Reply