Tony Pua dan Sarawak Report kini mendakwa kerajaan PN ingin hentikan…

By Monday August 3rd, 2020 No Comments

Tony Pua dan Sarawak Report kini mendakwa kerajaan PN ingin hentikan tindakan untuk membatal perjanjian penyelesaian dengan IPIC yang ditandatangan oleh kerajaan BN dahulu pada tahun 2017.

Mereka mendakwa usaha ini diketuai oleh YDP Agong yang mempunyai hubungan baik dengan kerabat Raja Abu Dhabi dan tujuan membatalkan prosiding mahkamah untuk lawan perjanjian penyelesaian itu adalah demi menjaga maruah kerabat Raja dan kerajaan Abu Dhabi.

Sarawak Report juga mendakwa bahawa langkah mneruskan pernjanjian penyelesaian ini akan bermaksud pegawai dan kerabat raja Abu Dhabi akan terlepas dari pendakwaan.

Jika benar, saya mengalu-alukan pendekatan ini.

Seperti saya telah membongkarkan banyak kali, kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju untuk mengembalikan setiap sen dana 1MDB yang didakwa hilang setelah dijamin atau dipindahkan kepada syarikat IPIC/Aabar sebelum 31 Disember 2020.

Goldman Sachs bersetuju membayar ganti rugi US$3.9 bilion kerana dua pegawai mereka terlibat menerima dana dari 1MDB.

Sebab mereka ada liabiliti dan Goldman Sachs terpaksa bayar ganti rugi.

Dengan prinsip yang sama, adakah sesiapa yang percaya bahawa syarikat IPIC/Aabar milik penuh kerajaan tidak bersalah dan tidak ada liabiliti kerana pengerusi serta CEO mereka turut terlibat menerima dana dari 1MDB?

Malah kapal mewah Topaz bernilai lebih RM1 bilion milik kerabat Raja mereka juga dibiayai oleh dana dari 1MDB.

Sebab itu, jika kita saman atau dakwa mereka dalam mahkamah maka mereka sudah tentu perlu membayar balik semua dana yang didakwa hilang dari 1MDB.

Persoalannya ialah adakah kita patut heret mereka ke mahkamah untuk mereka membayar ganti rugi seperti kes Goldman Sachs?

Ataupun kita menyelesaiakan masalah ini dengan cara baik dan damai dengan memberi tempoh masa untuk membayar balik demi menjaga maruah dan hubungan antara negara kita seperti yang dijanji dalam perjanjian penyelesaian tersebut?

Pilihan kedua ini yang menjadi pilihan kerajaan BN masa saya PM untuk menyelesaikan masalah dana 1MDB yang hilang.

Prioriti kita ialah untuk mendapat semula dana yang dikatakan hilang dan usaha ini bergantung kepada perjanjian penyelesaian kita.

Sekiranya kerajaan Abu Dhabi mahu mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai mereka, itu terpulang kepada mereka.

Kita cuma mahu dana dikembalikan.

Jika kerajaan BN dahulu tiada niat untuk menyelesaikan masalah dana 1MDB yang hilang, kenapa kita perlu dua kali meterai perjanjian penyelesaian?

Namun, geng PH tidak senang dengan pendekatan ini kerana dari segi undang-undang, cara ini bermaksud tiada dana 1MDB yang hilang. Cuma tunggu masa untuk dibayar balik oleh PH.

Kerajaan Abu Dhabi kaya. Jika kita selesaikan dengan dengan cara baik, mereka akan bayar balik dan 1MDB tak hilang satu sen pun.

Hubungan antara negara-negara Islam kita pun dipelihara.

Tetapi kerajaan PH dahulu mempunyai niat jahat untuk membatalkan perjanjian penyelesaian ini supaya dana 1MDB boleh digelar sebagai “hilang” dan mereka boleh terus mendakwa saya merompak dana tersebut.

Sebab itu, mereka membantah kuat sebarang usaha kerajaan PN untuk meneruskan perjanjian penyelesaian tanpa perlu mendakwa atau mengenakan tindakan undang-undang ke atas IPIC dan kerajaan Abu Dhabi.

http://www.sarawakreport.org/2020/08/exclusive-pn-secretly-shelves-3-5bn-1mdb-case-against-abu-dhabiipic-in-favour-of-royal-negotiations/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157257410995952/

Leave a Reply