Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Tohmahan terhadap PM tidak berasas - Rais - Najib Razak
News_archive

Tohmahan terhadap PM tidak berasas – Rais

By Friday April 24th, 2009 No Comments

MELAKA 24 April – Tohmahan media asing terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pelbagai istilah sebenarnya cuba mencemar nama baik beliau dan menjatuhkannya.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Najib tidak berasas.

”Bukan setakat media asing sahaja membuat tohmahan itu, malah beberapa pihak bersama-sama pemimpin tertinggi pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengaitkan soal undang-undang dengan tujuan yang sama bagi mencemar nama baik Perdana Menteri.

”Sepanjang saya menjadi Menteri Luar, dakwaan itu adalah ‘kosong’ semata-mata. Itu merupakan gendang kecapi yang kosong sama ada bagi media di Eropah ataupun di Amerika Syarikat (AS). Tohmahan itu akan mati begitu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Rais berkata, beliau sedia berdebat dengan pihak terbabit yang cuba mencemar nama baik pemimpin kerajaan sekiranya berpeluang.

Beliau ditemui pada majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena memperingati tiga tahun kembalinya ke rahmatullah bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba di Masjid An-Nur, Peringgit dekat sini malam tadi.

Sumber : Utusan

Leave a Reply