Tohmahan apa? Hari itu, PM7 sendiri yang kata dia tak pernah membenarkan…

By Friday June 26th, 2020 No Comments

Tohmahan apa?

Hari itu, PM7 sendiri yang kata dia tak pernah membenarkan anak-anak dia berniaga dalam Malaysia semasa dia PM.

Lalu dia suruh saya beri bukti bahawa anak-anak dia pernah berurusan dengan kerajaan semasa dia PM.

Saya pun beri bukti tetapi page FB PM4/7 asyik padam jawapan saya dan ribuan komen netizens yang bertanya.

Point nombor satu jawapan dari page pro-PM7 sendiri pagi ini pun dah buktikan saya tak fitnah PM7 dan PM7 telah bohong hari itu.

Pada tahun 1992, Mirzan cuma berusia 33 tahun.

Dia beli PNSL Berhad dengan harga RM248 juta masa itu.

Apa nama penuh PNSL?

Perbadanan Nasional Shipping Line – iaitu antara syarikat perkapalan terbesar dalam negara masa itu.

Dia beli dari siapa? PNSL itu milik siapa?

PNSL Bhd milik Perbadanan Nasional.

Perbadanan Nasional merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia

Pemegang saham utama Perbadanan Nasional masa itu adalah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia.

Siapa pelanggan-pelanggan servis PNSL Bhd masa itu pula?

Syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Tenaga, POS Malaysia dan pelabuhan-pelabuhan kita.

Mirzan umur 33 tahun beli PNSL Bhd dari syarikat milik penuh kerajaan dengan harga RM248 juta itu maksudnya tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?

Syarikat perkapalan utama milik kerajaan pun bertukar menjadi syarikat milik anak PM pada masa dia masih PM.

Dari mana dia dapat atau dari siapa dia pinjam RM248 juta untuk beli masa dia umur 33 tahun?

Lepas itu dijual pulak kepada MISC dengan harga US$220 juta pada tahun 1998 (melebihi RM1 bilion selepas matawang kita menjunam teruk ketika itu).

MISC Berhad itu milik Petronas. Petronas milik siapa?

Itupun dikatakan lagi anak PM7 tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?

Posting page pro-PM7:
https://www.facebook.com/sayasayangtunm/posts/3982228551848925



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157154977925952/

Leave a Reply