Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P.Ramasamy kata dia nak ajar saya…

By Monday December 14th, 2020 No Comments

Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P.Ramasamy kata dia nak ajar saya tentang undang-undang pengambilan air.

Dia kata bawah undang-undang, Pulau Pinang ada hak untuk ambil air dari Sungai Muda tanpa membayar kerajaan Kedah.

Aduh. Susah dia untuk faham. Ini saya nak tanya:

Adakah kerajaan Pulau Pinang ada hak bawah undang-undang untuk sering tegur atau halang kerajaan Kedah membalak di kawasan Ulu Muda?

Undang-undang mana yang kata kerajaan Pulau Pinang ada hak untuk kecam atau halang kerajaan Kedah sebab mereka ada rancangan melombong rare earth?

Dan undang-undang mana yang kata kerajaan Pulau Pinang boleh tuntut kerajaan Kedah melakukan pembenihan awan setiap kali ada kemarau?

Tak ada, kan?

Dan jika tidak ada keperluan Pulau Pinang membayar Kedah, kenapa pula boss kamu umum dia bersedia untuk berunding dengan Kedah dalam isu pembayaran air?

Itulah.

Sejak bila saya kata Pulau Pinang tak ada hak bawah undang-undang untuk mengambil air tanpa membayar Kedah?

Yang saya kata semalam ialah ianya munasabah bagi kerajaan Pulau Pinang untuk bayar Kedah jika Pulau Pinang asyik mahu tegur Kedah melakukan apa yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Ianya munasabah sebab wang yang dibayar Pulau Pinang boleh digunakan Kedah untuk kerja memelihara sumber air mentah yang memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

https://www.facebook.com/proframasamy/posts/3600926929945540



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157553131290952/

Leave a Reply