Tidak boleh dinafikan bahawa pemimpin-pemimpin parti PAN adalah antara ahli…

By Monday November 23rd, 2020 No Comments

Tidak boleh dinafikan bahawa pemimpin-pemimpin parti PAN adalah antara ahli politik paling menghiburkan dalam Malaysia.

Sebagai contoh, pemimpin PAN ini merayu Rakyat untuk berikan peluang untuk PH mentadbir semula sebab hasil kerajaan tahun 2019 sebanyak RM264.4 bilion adalah lebih tinggi berbanding tahun 2018.

Biarpun RM54 bilion dari RM264.4 bilion ini adalah hasil menjarah Petronas.

Ketepikan juga defisit kerajaan pada tahun 2019 juga antara paling besar dalam sejarah sebab hasil kerajaan RM264.4 bilion perlu dilihat bersama perbelanjaan tahun 2019 sebanyak RM314.6 bilion.

Dalam tahun 2019 juga:
1. Petronas diturun penarafan buat kali pertama dalam sejarah.
2. Malaysia menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia.
3. Pertumbuhan ekonomi jatuh ke paling lembab sejak 11 tahun dahulu.
4. Dividen KWSP juga paling rendah sejak 11 tahun dahulu.
5. Dividen LTAT dan ASB juga paling rendah dalam sejarah.
6. Hibah Tabung Haji kedua paling rendah dalam sejarah. Tahun sebelumnya di bawah PH adalah paling rendah dengan kadar 1.25% sahaja.
7. Hutang negara naik pada kadar paling tinggi dalam sejarah.
8. Aset-aset negara dijual pada kadar paling besar dan paling laju dalam sejarah.
9. Jurang pendapatan antara miskin dengan kaya naik semula buat kali pertama sejak 15 tahun lalu.

Itupun berlaku pada zaman tiada Covid.

Pemimpin-pemimpin PAN masih fikir Rakyat amat mudah untuk diperbodohkan.

Sepatutnya, pemimpin PAN perlu jujur.

Ianya lebih tepat untuk PAN merayu kepada Rakyat supaya beri peluang kepada PH untuk jahanamkan semula negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157508978945952/

Leave a Reply