News_archive

Tiada Perubahan Besar Dijangka Dalam Dasar Luar Malaysia Dekad Berikutnya

By Monday November 1st, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Malaysia dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan besar dalam dasar luarnya di dekad berikutnya semasa ia menghala ke arah merealisasikan hasrat Wawasan 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perubahan besar dijangka tidak berlaku walaupun beberapa pengubahsuaian perlu semestinya dibuat dalam dasar-dasar luar negara, untuk melihat sekiranya beberapa aspek perlu dikemaskini, diubahsuai atau diketepikan terus, bagi dasar-dasar yang tidak lagi berkaitan.

Katanya perubahan dasar-dasar luar negara akan dilakukan secara evolusi dalam pendekatan pembaharuan dan kelangsungan, mengikut landasan yang digarap rapi hasil peristiwa silam, tapi mungkin disuntik dengan sedikit inovasi dan lebih ‘adventurous’.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam anjuran Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), yang dibacakan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini malam ini.

“Semasa kita menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru, kita akan kekal ikhlas kepada prinsip-prinsip asas atau persepsi dasar luar negara yang di gariskan oleh pemimpin-pemimpin negara sebelum ini.

“Dengan berpijak kepada prinsip-prinsip ini, pastinya kepentingan strategik kami adalah untuk mengekalkan hubungan baik dan bermanfaat dengan semua negara dan perkumpulan, termasuk yang besar dan berkuasa, yang kehadiranya amat dirasai di rantau ini, berdasarkan kepada kesamaan dalam kepentingan,” tambahnya.

Leave a Reply