Tersembur lemang saya pagi ini apabila saya baca respon lewat semalam dari…

By Tuesday May 26th, 2020 No Comments

Tersembur lemang saya pagi ini apabila saya baca respon lewat semalam dari Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin yang tak mahu mengalah.

Dia seolah-olah mengaku dia antara mangsa kencing Menteri Kewayangan PH yang pernah janji membayar royalti minyak 20% sertai 50% refund cukai yang dikutip dari Sabah tetapi tak buat.

Tapi Chan kata sekurang-kurangnya Menteri Kewayangan telah naikkan bayaran State Special Grant untuk Sabah dan Sarawak.

Eh? Dia malu nak sebut berapa banyak grant itu dinaikkan Guan Eng pulak!

Kenapa malu?

Kerana kenaikan grant kepada Sabah ini cuma bernilai RM26.7 juta setahun.

Jauh berbeza dengan janji Guan Eng untuk bayar berbilion-bilion setiap tahun untuk royalti minyak 20% dan refund cukai kepada Sabah.

Persatuan Alumni TAA yang merupakan geng sendiri dengan jumlah modal 10,000 dan jumlah keahlian 7,000 orang pun dapat RM40 juta setahun dari Guan Eng banding kenaikan RM26.7 juta untuk seluruh Sabah.
16 Dec 2019: Alumni TAR UC sahkan terima geran RM40 juta
https://www.malaysiakini.com/news/503795

Itulah sebab Ketua Menteri Sabah sendiri tak puas hati dengan kenaikan RM26.7 juta dan tuntut kerajaan PH dahulu untuk jelaskan kenapa begitu rendah:

October 14, 2019: Explain formula for grants to Sabah, Sarawak say CMs
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/10/14/explain-formula-for-grants-to-sabah-sarawak-say-cms/

Chan faham beza berbilion-bilion setahun dengan RM26.7 juta setahun tak?

Masih mahu sebut ke ni?

Lalu, Chan fitnah saya pulak kata saya tolak RUU pindaan kepada Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan bertujuan mengembalikan semula status asal Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia 1963.

Ini janji BN dulu juga. Kita tak pernah tolak.

Apa yang berlaku ialah 59 wakil rakyat undi berkecuali kerana bil itu kurang elok dan perlu diperkuatkan untuk lebih menjamin hak Sabah dan Sarawak.

Tiada seorang pun yang undi untuk tolak RUU itu. Cuma kita suruh tambah baik bil.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/550995/pindaan-perlembagaan-tak-dapat-majoriti-dua-pertiga

Cukup-cukuplah Chan.

Lebih baik kamu tumpukan perhatian untuk memperbaiki dan menyelesaikan pusat kuarantin kawasan kamu yang kurang elok.

Tiada sebab kerajaan Sabah ada kuasa dan boleh bantu di pusat kuarantin parlimen Penampang dan Semporna tetapi mereka tak ada kuasa serta tak boleh bantu pusat kuarantin Kota Kinabalu di mana kamu adalah ahli parlimen.

Posting Chan lewat semalam:
https://www.facebook.com/ChanFoongHin/posts/3032095890212128

Posting saya semalam: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157067773055952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157069615415952/

Leave a Reply