Terima berita sedih mengenai pemergian sahabat saya, Dato’ Hasbullah…

By Monday November 16th, 2020 No Comments

Terima berita sedih mengenai pemergian sahabat saya, Dato’ Hasbullah Osman.

Amat mengejutkan kerana Allahyarham sangat aktif dengan tugasannya sebagai ahli Parlimen Gerik dan juga Ketua Bahagian UMNO Gerik.

Sering kali kita dapat pendapat dan ulasan mengenai isu semasa daripadanya dan juga program mesra rakyat bersama penduduk kawasan Gerik.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sama-sama kita doakan agar roh ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157494834975952/

Leave a Reply