Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Teresa Kok tak mengalah. Dia masih mahu salahkan UMNO dan Musa Aman sebab... - Najib Razak

Teresa Kok tak mengalah. Dia masih mahu salahkan UMNO dan Musa Aman sebab…

By Sunday October 18th, 2020 No Comments

Teresa Kok tak mengalah. Dia masih mahu salahkan UMNO dan Musa Aman sebab PRN Sabah diadakan ketika Covid.

Dia kata punca utama PRN Sabah diadakan ialah sebab Musa Aman nak rampas kembali jawatan Ketua Menteri Sabah dan mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Baiklah. Untuk menudahkan orang yang sering overdose minyak sawit untuk faham, saya kemukakan jawapan saya dalam bentuk soalan bagi Teresa jawab (jika dia masih waras).

Soalan 1: Siapa yang mula-mula angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU14?
(Jawapan: Musa Aman).

Soalan 2: Siapa yang rampas kuasa Ketua Menteri Sabah dari Musa Aman untuk tubuhkan kerajaan pintu belakang?
(Jawapan: Shafie Apdal)

Soalan 3: Siapa yang enggan serah kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa tetapi pilih untuk bubarkan DUN dan adakan PRN?
(Jawapan: Shafie Apdal)

Soalan 4: Siapa yang bantah PRN diadakan sebab Covid dan memohon mahkamah tiga kali untuk batalkan PRN?
(Jawapan: Musa Aman)

Soalan 5: Siapa lagi yang bantah PRN diadakan dan siapa yang beri sokongan penuh kepada Shafie bubarkan DUN dan adakan PRN?
(Jawapan: Yang bantah PRN, Najib. Yang sokong penuh bubar DUN, majlis presiden Pakatan Harapan)

Soalan 6: Siapa yang sanggup mati daripada serah kuasa kembali walaupun diberitahu PRN berbahaya pada masa Covid mula menular semula di Sabah?
(Jawapan: Shafie Apdal)

Soalan 7: Adakah Shafie Apdal tidak ada lagi pilihan selain bubarkan DUN setelah dia hilang sokongan majoriti?
(Jawapan: Tidak, dia boleh letak jawatan dan serah kembali kuasa seperti apa yang berlaku 6 kali selepas PRU14 seperti di Sabah pada tahun 2018, di kerajaan pusat, kerajaan Johor, kerajaan Melaka, kerajaan Perak dan kerajaan Kedah pada tahun 2020.

Soalan 8: Siapa yang bantah orang yang pulang dari Sabah ke semenanjung Malaysia ketika PRN dikuarantinkan 14 hari?
(Jawapan: Teresa Kok)

Soalan 9: Siapa yang beri jaminan bahawa kerajaan Warisan Sabah akan mengawal penularan Covid semasa PRN?
(Jawapan: Shafie Apdal)

Soalan 10: Siapa yang memohon maaf secara terbuka mengadakan PRN semasa Covid menular?
(Jawapan: Shafie Apdal)

Mohon Teresa Kok jawab 10 soalan mudah ini.

Posting Teresa: https://www.facebook.com/117300344947762/posts/3796874346990325/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157430950435952/

Leave a Reply