Teresa Kok keluarkan kenyataan media hari ini untuk selar pengumuman…

By Monday May 25th, 2020 No Comments

Teresa Kok keluarkan kenyataan media hari ini untuk selar pengumuman kerajaan PN untuk membangunkan projek RM100 juta di Jerantut, Pahang.

Projek itu adalah untuk:
– Pusat Teknologi Getah
– Pusat pelancongan di daerah itu yang turut dikenali sebagai Bandar Taman Negara. Bandar Taman Negara.
– Ladang Getah 2,000 ekar.
(Bukan untuk pusat teknologi getah sahaja seperti diputar Teresa)

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/692222/pusat-teknologi-getah-wilayah-timur-rm100-juta-di-jerantut

Teresa tak puas hati dengan projek itu kerana yang umumkan projek itu adalah pengerusi Lembaga Getah Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jerantut.

Teresa kata ini adalah contoh lantikan politik yang umumkan projek membazir berunsur politik untuk kawasan parlimen sendiri.

Saya tak mahu bincang jika projek pembangunan itu baik atau tak baik walaupun Jerantut itu memang tempat perladangan getah.

Kita tunggu Lembaga Getah dan pengerusinya jelaskan lebih lanjut tentang projek tersebut dan bagaimana ianya akan menjana peluang pekerjaan baru dan merancakkan ekonomi tempatan pada masa krisis Covid ini.

Tapi apa yang saya nak Teresa jawab ialah:

Menteri Sumber Manusia DAP kerajaan PH dahulu yang jaga PERKESO umumkan pusat khidmat pertama PERKESO dilancarkan di Ipoh Barat
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pusat-khidmat-perkeso-pertama-dilancar-di-ipoh-barat-179874

Manakala PERKESO akan bina pusat rehabilitasi terbesar ASEAN yang bernilai RM500 juta di Ipoh Barat juga.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/21/mtuc-bantah-pusat-rehabilitasi-terbesar-di-asia-tenggara-dibina-guna-dana-perkeso/

Memandangkan Menteri Sumber Manusia DAP kerajaan PH dahulu juga ahli Parlimen Ipoh Barat, adakah ini juga contoh lantikan politik yang umumkan projek-projek membazir berunsur politik untuk kawasan parlimen sendiri seperti diselar Teresa Kok hari ini?

Adakah projek-projek di Ipoh Barat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat dibenarkan tapi projek di Jerantut oleh Ahli Parlimen Jerantut tidak dibenarkan?

Apa pandangan Teresa?

https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim/posts/3350147931662971



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157067241625952/

Leave a Reply