TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI Menggalak Industri…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

Menggalak Industri Penerbangan

41. Malaysia berpotensi menjadi hub penerbangan di rantau ini. Industri ini dapat memberi kesan pengganda kepada ekonomi memandangkan permintaan terhadap penumpang dan kargo udara semakin meningkat. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2013, jumlah penumpang di lapangan terbang seluruh negara bertambah kepada 43.9 juta berbanding 38.6 juta penumpang bagi tempoh yang sama pada 2012.

42. Jumlah kargo udara yang dikendalikan, turut meningkat kepada 529 ribu tan bagi tempoh yang sama. Dengan beroperasinya KLIA2 nanti, jumlah penumpang dijangka meningkat kepada lebih 70 juta. Untuk memajukan lagi industri ini, Kerajaan akan menggubal Dasar Penerbangan Nasional yang akan menggariskan langkah-langkah bagi mengukuh eko-sistem dan rantaian perkhidmatan industri penerbangan.

43. Bagi melicinkan pengurusan operasi dan pengendalian trafik udara, sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang yang telah berusia hampir 20 tahun itu, akan digantikan. Oleh itu, sebuah pusat pengurusan trafik udara baru dengan kos sebanyak 700 juta ringgit akan dibina di KLIA. Sistem baru ini, akan dapat meningkatkan pergerakan trafik udara dari 68 kepada 108 pergerakan setiap jam melalui 3 landasan. Untuk makluman dewan yang mulia, kapasiti pengendalian ini adalah antara yang tertinggi di dunia.

44. Demi keselesaan para penumpang, Kerajaan juga akan menaiktaraf beberapa lapangan terbang termasuk di Kota Kinabalu, di Sandakan Sabah serta Miri, Sibu juga Mukah di Sarawak. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 312 juta ringgit. Di samping itu, terminal penumpang di lapangan terbang antarabangsa Langkawi dan lapangan terbang Kuantan akan dinaik taraf.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151675949330952/

Leave a Reply