Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI Memantap Perusahaan Kecil dan... - Najib Razak

TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI Memantap Perusahaan Kecil dan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI

Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana

79. Pada masa ini, 97.3 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar adalah PKS yang menyumbang sebanyak 32.4 peratus kepada KDNK. Dengan definisi baru PKS yang telah diumumkan baru-baru ini, jumlah perniagaan PKS berdaftar dijangka meningkat kepada 98.5 peratus. Seterusnya, Kerajaan komited untuk mempastikan sumbangan sektor PKS ini mencapai 40 peratus kepada KDNK menjelang 2020.

80. Bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS, Kerajaan mencadangkan peruntukan pakej bersepadu sebanyak 120 juta ringgit yang merangkumi dana pinjaman untuk membiayai program mekanisasi dan automasi serta program peningkatan kapasiti PKS. Selain itu, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan insentif di bawah program Green Lane Policy melalui pembiayaan, insentif cukai dan perolehan termasuk:

Pertama: Insentif pinjaman mudah dengan subsidi kadar faedah dua peratus atau jumlah maksimum 200 ribu ringgit setahun;

Kedua: Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah insentif pinjaman mudah;

Ketiga: Potongan cukai ke atas perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT;

Keempat: Insentif perolehan Kerajaan merangkumi pendaftaran syarikat bertaraf pembuat, diluluskan tanpa lawatan dan pemberian markah bonus dalam penilaian teknikal; dan

Kelima: Insentif keutamaan dalam perolehan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.

Kerajaan bercadang untuk melanjutkan kesemua insentif ini sehingga 31 Disember 2017.

81. Kerajaan telah menguatkuasakan Dasar Gaji Minimum pada 1 Januari 2013. Kadar gaji minimum adalah 900 ringgit sebulan bagi Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, kadarnya adalah 800 ringgit sebulan. Bagi menggalakkan pematuhan kepada dasar ini, di samping mengurangkan kesan kewangan kepada majikan PKS, koperasi, pertubuhan dan persatuan, Kerajaan mencadangkan supaya bayaran perbezaan gaji yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014 diberi potongan cukai tambahan.

82. Bagi membantu peniaga pasar malam, Kerajaan akan mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak 100 juta ringgit di bawah kendalian Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah ini akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga 30 ribu ringgit. Kemudahan ini bertujuan menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151675990720952/

Leave a Reply