TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN Memperkasa Pendidikan Tertiari 121….

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

Memperkasa Pendidikan Tertiari

121. Di sudut ini, Kerajaan akan memberi fokus memperkasakan institut pengajian tinggi awam dan swasta ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja.

Antara program yang akan dilaksanakan termasuk:

Pertama: Meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa. Untuk itu, Kerajaan akan menyediakan 600 juta ringgit sebagai geran penyelidikan di institut pengajian tinggi awam; dan

Kedua: Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Untuk ini, sejumlah 110 juta ringgit disediakan bagi tujuan tersebut.

122. Penerbitan jurnal ilmiah ke peringkat antarabangsa merupakan aspek terpenting dalam memartabatkan hasil karya para akademik tempatan. Menyedari akan kepentingan mewujudkan satu pusat ilmiah bertaraf dunia, Kerajaan akan menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan hasil penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang terkemuka.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676011950952/

Leave a Reply