Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN 114. Cabaran terbesar bagi Malaysia... - Najib Razak

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN 114. Cabaran terbesar bagi Malaysia…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

114. Cabaran terbesar bagi Malaysia sebenarnya adalah, sejauhmana kita dapat membangun dan mempersiapkan human capital. Modal insaniah yang holistik mencakupi antaranya modal intelek, pelbagai kemahiran seni dan pertukangan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran inter-personal, berfikir, kreativiti serta inovasi. Pokoknya, pembangunan fizikal dan teknologi perlu diseimbangkan dengan keunggulan manusiawi. Jika tidak, akan wujud kelompangan dan ketempangan pabila pencapaian materi tidak dipaksi dengan nilai sejagat insani.

115. Oleh itu, Kerajaan akan terus menyediakan pendidikan berkualiti dan latihan berkemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran kerja. Di samping itu, aspek jasmani, spiritual dan intelektual akan digilap dari peringkat pendidikan awal hingga ke peringkat tertiari. Tenaga kerja juga akan diterap dengan nilai murni dan adab susila ketimuran supaya masyarakat hidup harmoni dan sejahtera.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676009460952/

Leave a Reply