TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Program Penyeragaman…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Program Penyeragaman Harga

199. Kerajaan juga sedar akan harga barangan keperluan yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung Malaysia disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang lebih tinggi. Untuk mempastikan harga barangan dan kos dapat dikurangkan, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 331 juta ringgit bagi meneruskan program penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan.

200. Di samping itu, sebanyak 60 buah Kedai Rakyat 1Malaysia turut akan dibuka dengan peruntukan 30 juta ringgit bagi membantu mengurangkan kos harga barangan keperluan harian.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676046965952/

Leave a Reply