Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Perkhidmatan Kesihatan... - Najib Razak

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Perkhidmatan Kesihatan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

159. Kerajaan akan terus menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang terbaik serta berkualiti kepada rakyat. Untuk itu, sebanyak 22.1 bilion ringgit diperuntukan bagi sektor kesihatan yang merangkumi belanja operasi dan pembangunan. Peruntukan ini akan disalurkan untuk program dan projek termasuk pembinaan Hospital Tanjung Karang dan blok tambahan Hospital Jeli serta menaik taraf Hospital Kuala Lipis dan 30 klinik desa.

160. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan 66 juta ringgit untuk pembelian peralatan dan membina blok tambahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Kerajaan juga telah menyediakan 234 Klinik 1Malaysia dan sebagai tambahan sebanyak 50 klinik 1Malaysia akan dibangunkan pada tahun 2014. Bagi menangani masalah kekurangan parkir di Hospital Kuala Lumpur, sebanyak 1,950 ruang letak kereta baru akan disiapkan pada 2014. Sementara itu, Hospital Rompin dan Shah Alam serta Institut Kanser Negara akan mula beroperasi pada awal tahun hadapan.

161. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan dan meringankan beban tugas jururawat yang bertugas berterusan secara dua syif, Kerajaan akan menambah seramai 6,800 jururawat dengan peruntukan 150 juta ringgit. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan 3.3 bilion ringgit bagi menyediakan bekalan ubat dan alatan perubatan mencukupi bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna, termasuk memperluaskan perkhidmatan kardiotorasik di Hospital Ipoh, Kuala Terengganu, Kuantan dan Kuching.

162. Kerajaan menyedari kesukaran pesakit buah pinggang yang terpaksa berulang-alik ke pusat hemodialisis bagi mendapatkan rawatan dialisis tiga kali seminggu. Pesakit juga terpaksa membelanjakan sehingga 400 ringgit setiap kali mendapatkan rawatan. Bagi membantu memudahkan pesakit menjalani rawatan, Kerajaan akan membekalkan secara percuma, kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD yang bernilai 19 ribu ringgit seunit. Ini membolehkan pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir membuat rawatan sendiri di rumah. Langkah ini dijangka dapat memanfaatkan lebih seribu pesakit.

163. Statistik juga menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Saya menyeru agar kita bersama-sama menjaga kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676031095952/

Leave a Reply