Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Pemuliharaan Alam Sekitar dan... - Najib Razak

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Pemuliharaan Alam Sekitar dan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pemuliharaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber

154. Kerajaan komited dalam menyediakan persekitaran yang bersih, selamat, sihat serta produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk program Pelaporan Karbon Kebangsaan atau MyCarbon oleh sektor korporat, penubuhan Tabung Amanah Konservasi Nasional bagi memulihara kawasan terosot dan hutan simpan kekal serta pengurusan sumber asli.

155. Bagi memperkukuhkan pembangunan teknologi hijau negara, Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi hijau.

156. Ke arah menggalakkan amalan gaya hidup hijau, Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan yang akan berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan awam terhadap teknologi hijau. Untuk itu, geran pelancaran sebanyak 15 juta ringgit akan disediakan sebagai dana permulaan untuk Yayasan Hijau Malaysia.

157. Sebagai langkah segera untuk mengelak tragedi yang telah berlaku di Cameron Highlands kelmarin berulang kembali, maka, Kerajaan akan meluluskan peruntukan sebanyak 40 juta ringgit bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam.

158. Bagi terus meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, Kerajaan akan melaksanakan audit tenaga dan memasang retrofit di bangunan-bangunan kementerian. Bagi tahun 2014, Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Pertanian dan KPDNKK telah dikenalpasti untuk pelaksanaan inisiatif ini. Selain itu, Kerajaan akan memasang solar panel di bumbung bangunan Kementerian-kementerian serta menggantikan lampu sedia ada kepada lampu LED secara berperingkat.

#Bajet2015



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676027975952/

Leave a Reply