TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Pembangunan Sukan Negara 164….

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pembangunan Sukan Negara

164. Pembangunan sukan memerlukan eko-sistem yang komprehensif meliputi infrastruktur, pengurusan dan kejurulatihan, pembentukan bakat dari peringkat awal serta kebajikan atlet. Untuk itu, sebanyak 239 juta ringgit diperuntukkan bagi meneruskan kecemerlangan sukan merangkumi menaiktaraf kompleks dan gelanggang sukan, mewujudkan program perintis pengenalpastian bakat di peringkat sekolah rendah dan melaksanakan program Future Professional Coach untuk menggilap kemahiran jurulatih berpotensi bagi sukan-sukan terpilih.

165. Di samping itu, Kerajaan akan menyediakan 150 juta ringgit kepada Kumpulan Wang Amanah Sukan bagi pembangunan sukan elit, rawatan perubatan dan penyelidikan. Seterusnya, Kerajaan akan membuat persiapan rapi bagi memastikan kejayaan atlet di sukan antarabangsa termasuk Sukan Asia 2014 Incheon, Sukan Olimpik Remaja 2014 Nanjing dan Sukan Komanwel 2014 Glasgow.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676032620952/

Leave a Reply