TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Pembangunan Masyarakat…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pembangunan Masyarakat India

184. Bijak bestari berkata, orang berbudi kita berbahasa. Kepada kaum India yang telah bersama menzahirkan ikatan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. Terima kasih, Rumba Nandri.

185. Kerajaan juga akan terus menumpukan kepada pembangunan masyarakat India agar dapat bersama dalam arus kemajuan negara. Untuk itu, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit untuk meningkatkan pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran, ini termasuk 28 juta ringgit bagi program pendidikan awal melibatkan 176 pra-sekolah Tamil dan program i-Sinar.

186. Program ini akan meningkatkan prestasi pelajar melalui kaunseling, motivasi dan tuisyen kepada 45 sekolah ladang Tamil. Di samping itu, dana sebanyak 50 juta ringgit disediakan untuk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India atau SPUMI di bawah TEKUN, manakala usahawan India juga boleh memohon pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676039180952/

Leave a Reply