TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Pelepasan Cukai Untuk Golongan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pelepasan Cukai Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana

201. Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan berpendapatan sederhana yang merupakan bilangan pembayar cukai pendapatan terbesar. Mereka juga turut terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi terus membantu golongan ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas dua ribu ringgit ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga lapan ribu ringgit sebulan.

202. Langkah ini akan memberi penjimatan bayaran cukai sehingga 480 ringgit. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, kumpulan ini telah menikmati penjimatan cukai sehingga 475 ringgit ke atas pendapatan tahun 2013 semasa Kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai dalam bajet yang lalu.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676048710952/

Leave a Reply