Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Meningkat Peranan Wanita dan... - Najib Razak

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT Meningkat Peranan Wanita dan…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Meningkat Peranan Wanita dan Mensejahtera Keluarga

166. Sesungguhnya peranan wanita sangat besar bukan sahaja dalam keluarga. Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan negara. Jasa mereka tetap dijulang tinggi. Malah, wanita adalah pemberi warna kepada generasi mendatang. Lalu, bagi meneruskan program pembangunan wanita dan institusi kekeluargaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit bagi melaksanakan pelbagai program.

167. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Akademi Inovasi Wanita di bawah naungan Institut Tadbiran Awam Negara. Akademi ini akan merangka program-program kepimpinan, keusahawanan dan inovasi untuk golongan wanita.

168. Selain itu, Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat; program keusahawanan Purple DNA seperti ”Purple Licious” iaitu kiosk makanan bergerak dan menambah 23 Pusat Aktiviti Warga Emas akan dilaksanakan.

169. Kerajaan juga akan menaikkan kadar wang saku kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM1.50 kepada tiga ringgit sehari bagi kanak-kanak yang bersekolah dan kenaikan daripada RM0.50 kepada satu ringgit sehari bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah. Langkah ini dapat memanfaatkan 4,500 kanak-kanak di institusi JKM di seluruh negara. Di samping itu, kadar wang saku warga emas juga akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 30 ringgit sebulan untuk menampung keperluan belanja harian penghuni JKM.

170. Bagi meringankan kos yuran taska, Kerajaan akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah 180 ringgit sebulan.

171. Di samping itu, Kerajaan mencadangkan pemberian bantuan yuran taska sebanyak 250 ringgit sebulan kepada ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi 900 ringgit yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dibawah JKM. Langkah ini dapat memanfaatkan seramai 3,334 kanak-kanak dibawah usia empat tahun dengan peruntukan 15 juta ringgit.

172. Sebagai tambahan kepada perkhidmatan suntikan imunisasi Human Papilloma Virus dan pemeriksaan ujian mamogram yang sedia ada, Kerajaan mencadangkan pemberian percuma alat bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit kanser payudara. Bantuan ini dapat meringankan kos membeli alatan tersebut yang dianggarkan sekitar 1,200 ringgit. Langkah ini akan memanfaatkan lebih 8,000 orang pesakit kanser payudara dengan peruntukan berjumlah sembilan juta ringgit.

173. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kerajaan akan menambah empat buah bas khas untuk pelaksanaan Pusat Keluarga Bergerak bagi memberi khidmat nasihat berkaitan kekeluargaan, penjagaan makanan, pemeriksaan penyakit kronik serta ujian glukosa dan kolestrol.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676035310952/

Leave a Reply