TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR Strategi…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

TERAS KEEMPAT: MEMPERGIAT PEMBANGUNAN BANDAR DAN LUAR BANDAR

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy – NBOS)

133. Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS merupakan langkah bersepadu Kerajaan merangka dasar dan inisiatif melalui perkongsian pintar antara Kementerian dan agensi.

134. Strategi ini adalah pelengkap kepada Dasar Transformasi Nasional. Sehingga kini, 56 iniasitif NBOS telah dilaksanakan dengan pendekatan penjimatan kos, pelaksanaan yang pantas serta program berimpak tinggi. Pada tahun 2014, peruntukan 278 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan program meliputi:

Pertama: Membuka Pusat Transformasi Bandar atau UTC Sabah pada akhir tahun ini dan menambah empat lagi UTC di Sarawak, Johor, Terengganu dan Perlis sebagai tambahan kepada lima UTC sedia ada;

Kedua: Menambah tiga Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan RTC sebanyak lapan buah; dan

Ketiga: Melaksanakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau Mobile CTC dengan menambah bilangan bas serta van yang diubahsuai. Perkhidmatan utama yang disediakan meliputi pendaftaran MyKad, memperbaharui lesen memandu, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat perniagaan.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676018250952/

Leave a Reply